
Tidak lengkap rasanya, jika kunjungan anda ke Melaka tanpa merasai masak Asam Pedas Melaka.
Melangkah masuk ke Restoran Asam Pedas Che Wah, kamu pasti bakal terpesona apabila melihat keunikan dekorasinya.Pemilik restoran menggunakan elemen alam sekitar sebagai bahan utama dekorasinya.Idea konsep serta dekorasi restoran mampu memukau hati pelanggan yang pertama kali berkunjung ke restoren ini.

Restoran ini diusahakan oleh Encik Eszahar sejak 22 November 2008. Restoran ini dinamakan Restoran Asam Pedas Che Wah bersempena dengan nama ibu beliau. Menu istimewa di Restoran ini diilhamkan sendiri oleh ibu beliau.
Para pelanggan pasti 'melekat' dengan semangkuk masak asam pedas disajikan dengan nasi putih beserta telur masin pasti membuka selera anda. Anda boleh memilih pelbagai lauk seperti tetel, ikan pari, ikan tenggiri, ikan kembong dan jenak.Harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan.
Selain asam pedas, Masakan ala thai, satey, burger dan roti john turut tersedia untuk pengunjung.
Pilih sahaja apa yang berkenan, dijamin semuanya akan membuka selera anda.
Keenakan dan kesedapan?
Usahlah di ragui kerana kesemua hidangan di sini pasti membuatkan anda akan bertandang lagi.